Wednesday, July 29, 2009

dah Bodoh..SombonG kOt Atas..!!!

awat la ada org bodo sombong..
da la mengaji kt ipta tu..
pastu dok kutuk plak ipta tu..
dh taw ipta tu x sesuai ngan dia berenti ja la..ahaha
mau gaya kutuk mcm2..pdahai tang tu la tmpt dia tuntut ilmu..
bengong..otak cetek!!
mau flying kick kOt!!ahaha

Sunday, July 26, 2009

Sorat

"Assalamualaikum..

Seperti yang kau tau nama Deris...Dan untuk pengetahuan kau...seperti yg kau lihat...dan sememangnya dinafikan lagi...aku dilahirkan sehensem-hensem umat...kerana itulah jugak...berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang....siap ada listing lagik... Tapi ada satu bende yang sedih....setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku...aku pun tak tau apsal.. Intan,awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, taiping perak.dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku...dier le awek aku yg paling last .... muktamad dah nie...surat - menyurat takkan dilayan.....kalo intan tinggalkan aku....cam awek awek aku yg dulu..sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat taman tasik taiping .... intan akan bersungut dan bersesunggut kalau aku bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak bershape macam keris...macam macam dier komplen ... dier tau aku keje sebagai driver...takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je...tak syok la naik moto.. rambut berserabut lah..make-up cair lar...kain terselak lar..malu nanti orang tengok lar..tak buleh nak seksi lar...

But aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku...sure itulah kali last aku akan jumpa intan.... intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku shah...aku cakap kat dier...baiklah....esok aku akan datang naik kete besar....jauh lagi besar dari kete mesedis.... Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn intan...intan terus mengahaibkan diri.....aku dah agak dah mesti terjadi punyer....... Cuma je satu yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku...or bakal awek aku....jgn korang
pandang hina kat orang yang keje cam aku nie....satu
hari nanti...ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie.....


Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang Taiping Perak.

AWek Bertanya

"Lawa ke budak pompuan tu?"
Maknanya:Siapa yang paling lawa? I ke,budak pompuan tu?

"You dah makan ke belum?"
Maknanya: Jom pi makan. Lapar ni!

"Lawa-lawa la baju kat sini, yek."
Maknanya: Belikanlah untuk I.

"Rasa macam nak pening la."
Maknanya: Tolong picit kepala

"Letihnya hari ni. Mana nak masak, nak basuh kain-baju lagi..." Maknanya: Kita makan kat luar jelah.

"Kita lebih sesuai berkawan saja."
Maknanya: I tak nak kat you la. Tak paham-paham ke?

"I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla..." Maknanya: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you and rasa macam nak jadi awek you je.

"You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?"
Maknanya: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut nama dia depan aku.

"I sanggup berkorban demi kebahagiaan you berdua."
Maknanya: Amboi! Aku je yang kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

"I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil."
Maknanya: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

sapa rasa-rasa nak mati baca ni


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, July 23, 2009

Tanggal 23/7/2009 tamatlah short sem pada musim ini!!

ramai yg tidak menjangkakan masa berlalu dgn pantas..ahaha

Saturday, July 18, 2009

Malaysia Vs Manchester United

2
3
Played
Club Friendlies 2009

18 Jul 2009 11:30 CET
Nasional Bukit Jalil
Referee: Mohd Nafeez bin Abd Wahab