Thursday, September 3, 2009

sikit hari lg nk raya oi

duit xdak nk bli baju raya..
sapa ada duit mai byak!!

Thursday, August 13, 2009

Nak POsa Da Weyy~






p/s:yg bwh skali ni doa bukak bosa..mau sapa x reti hafal lg..hafal cpt..nama ja islam..niat aram xtaw..ahaha

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Wednesday, August 12, 2009

srabut nk edit..

pening pala daje oi..
ada yg injured..
stgi boh x main plak..
mcm daje!

TEAM NENEK ANG

Goalkeepers

*
D. Penny
o Burnley
o Sell at 6.34(market price 6.40)

Defenders

*
J. Paintsil
o Fulham
o Sell at 7.36(market price 7.43)
*
S. Caldwell
o Burnley
o Sell at 6.01(market price 6.05)
*
A. Wilkinson
o Stoke
o Sell at 4.78(market price 4.78)

Midfielders

*
S. Gerrard
o Liverpool
o Sell at 20.41(market price 20.60)
*
A. Surman
o Wolves
o Sell at 5.56(market price 5.60)
*
Anderson
o Man Utd
o Sell at 4.41(market price 4.45)
*
R. Delap
o Stoke
o Sell at 6.34(market price 6.34)

Forwards

*
W. Rooney
o Man Utd
o Sell at 17.26(market price 17.42)
*
K. Jones
o Sunderland
o Sell at 10.78(market price 10.88)
*
D. Drogba
o Chelsea
o Sell at 10.75(market price 10.75)

Friday, August 7, 2009

ahaha..awat x pueh ati ka?

ahaha..
gtai sgt!!

Kerana cinta







nah tgok smua...

Disebalik Tapak Tangan Basah Atau Lembap


Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Apabila bersalam kita dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?. Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab..

Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah cantiknya Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengenali sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Kira-kira beberapa bulan lalau di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Pada 19 Jan 2007 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah adalah menggambarkan tidak sihat.

Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah memberhentikan amalan pemakanan yang tidak sihat ini.

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food dan sebagainya.

Fantasy FootbaLL [EPL]

www.uk.sport.yahoo.com

mai join mau kaki bola
tangan bola pon bleh!!

Wednesday, July 29, 2009

dah Bodoh..SombonG kOt Atas..!!!

awat la ada org bodo sombong..
da la mengaji kt ipta tu..
pastu dok kutuk plak ipta tu..
dh taw ipta tu x sesuai ngan dia berenti ja la..ahaha
mau gaya kutuk mcm2..pdahai tang tu la tmpt dia tuntut ilmu..
bengong..otak cetek!!
mau flying kick kOt!!ahaha

Sunday, July 26, 2009

Sorat

"Assalamualaikum..

Seperti yang kau tau nama Deris...Dan untuk pengetahuan kau...seperti yg kau lihat...dan sememangnya dinafikan lagi...aku dilahirkan sehensem-hensem umat...kerana itulah jugak...berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang....siap ada listing lagik... Tapi ada satu bende yang sedih....setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku...aku pun tak tau apsal.. Intan,awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, taiping perak.dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku...dier le awek aku yg paling last .... muktamad dah nie...surat - menyurat takkan dilayan.....kalo intan tinggalkan aku....cam awek awek aku yg dulu..sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat taman tasik taiping .... intan akan bersungut dan bersesunggut kalau aku bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak bershape macam keris...macam macam dier komplen ... dier tau aku keje sebagai driver...takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je...tak syok la naik moto.. rambut berserabut lah..make-up cair lar...kain terselak lar..malu nanti orang tengok lar..tak buleh nak seksi lar...

But aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku...sure itulah kali last aku akan jumpa intan.... intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku shah...aku cakap kat dier...baiklah....esok aku akan datang naik kete besar....jauh lagi besar dari kete mesedis.... Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn intan...intan terus mengahaibkan diri.....aku dah agak dah mesti terjadi punyer....... Cuma je satu yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku...or bakal awek aku....jgn korang
pandang hina kat orang yang keje cam aku nie....satu
hari nanti...ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie.....


Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang Taiping Perak.

AWek Bertanya

"Lawa ke budak pompuan tu?"
Maknanya:Siapa yang paling lawa? I ke,budak pompuan tu?

"You dah makan ke belum?"
Maknanya: Jom pi makan. Lapar ni!

"Lawa-lawa la baju kat sini, yek."
Maknanya: Belikanlah untuk I.

"Rasa macam nak pening la."
Maknanya: Tolong picit kepala

"Letihnya hari ni. Mana nak masak, nak basuh kain-baju lagi..." Maknanya: Kita makan kat luar jelah.

"Kita lebih sesuai berkawan saja."
Maknanya: I tak nak kat you la. Tak paham-paham ke?

"I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla..." Maknanya: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you and rasa macam nak jadi awek you je.

"You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?"
Maknanya: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut nama dia depan aku.

"I sanggup berkorban demi kebahagiaan you berdua."
Maknanya: Amboi! Aku je yang kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

"I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil."
Maknanya: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

sapa rasa-rasa nak mati baca ni


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, July 23, 2009

Tanggal 23/7/2009 tamatlah short sem pada musim ini!!

ramai yg tidak menjangkakan masa berlalu dgn pantas..ahaha

Saturday, July 18, 2009

Malaysia Vs Manchester United

2
3
Played
Club Friendlies 2009

18 Jul 2009 11:30 CET
Nasional Bukit Jalil
Referee: Mohd Nafeez bin Abd Wahab

Wednesday, June 24, 2009

Kelas Dibatalkan [part 1]

arini dimaklumkan bahawa clas fluid mechanic di batalkan akibat pensyarah yg mengajar telah ditangkap khalwat di rumah tumpangan murah di sekitar pauh...beliau di tangkap ketika sedang brdua-duan dalam keadaan mencurigakan..sewaktu hendak ditangkap beliau telah berjaya melarikan diri dengan menunggang motosikal rgv miliknya..malangnya..pepatah orang tua ada menyebut..sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..malang skali..motosikal yang ditunggangi beliau mengalami kecelakaan jalan raya sewaktu beliau sedang mengambil selekoh kona di jalan kona..beliau memang laju time kona kerna beliau merupakan bekas pelumba cub prix sewaktu beliau masih solo..motosikal beliau tersepit di celah pohon pisang yang merendang..sewaktu beliau terbabas beliau telah berjaya meloloskan diri ke dalam hutan yang berdekatan...beliau bersyukur kerana dpt menyelamatkan diri daripada geng geng serban yg diketuai oleh sam iaitu vokalis kump. cromok!!..maka beliau pon berjalan dgn selamba di dalam hutan sambil mencari rumah2 tumpangan yang berdekatan..tiba2..beliau terserempak dgn zombie ketika sedang asyik bersiul2 di dalam hutan..zombie[sila lihat zombie kampung pisang]..zombie itu segera menahan pensyarah terbabit..zombie itu meminta sijil lahir untuk memeriksa sama ada pensyarah itu keturunannya atau pon tidak...selepas meneliti dgn teliti zombie itu trus menggari tgn pensyarah tersebut..ini kerana zombie itu telah diupah oleh ketua jabatan mekanikal supaya menangkap pensyarah itu..setibanya pensyarah itu di jabatan beliau di pggil oleh hi-fi[pensyarah disiplin]...tnpa ckp byk hi-fi telah mengeluarkan surat saman ke atas pensyarah tersebut..kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai kad matrik..beliau mengucapkan terima kasih kpda hi-fi kerana menjalankan tugas tnpa mengira had umur...setelah berjumpa dgn ketua jabatan[KJ]..KJ telah menggantung tugas pensyarah terbabit selama lamanya...beliau pon pulang dgn hmpa selepas itu...setelah berjalan ke tempat parking moto..beliau mendapati motosikal honda gbo milik kawan beliau telah dirantai oleh ustaz yaser..pensyarah itu segera menelefon ustaz yaser..beliau trus mengeluarkan kata2 lucah dan memaki hamun ustaz yaser..beliau hairan kenapa suara ustaz yaser beertukar menjadi suara wanita??rupa2 nya kredit beliau sudah tamat tempoh...bersambung-sambung~

tolong

sapa taw nk buh lagu dlm blog???

Kehadiran Ulat di Dalam Roti Canai



Rajah di atas menunjukan seekor ulat telah berjaya menyusur masuk ke dalam pinggan roti canai yang dimakan oleh saya..Fakta menyatakan barang sesiapa mkn ulat tersebut..maka beliau akan jd kuat..tanpa mempedulikan ulat itu roti canai telah habis di makan oleh saya..lokasi restoran dirahsiakan..!!

Aku Seorang Jaguh

Bukti yang menunjukan aku seorang jaguh memancing yang disegani dan dihormati di pelusuk dunia..!!

Saturday, March 28, 2009

Blog bermula

hari ini pada pukul 4.20a.m saya telah berjaya menhasilkan sebuah blog...hahahaha.Oleh kerana bosan saya mencipta sesuatu yang baru.Hahaha..